Forbidden Love .
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
"Wallahu Khairul Maakirin."
Saturday, June 6, 2015 • 5:08 AM • 0 comments
Bismillah.
sebenarnya aku taktahu apa yang menggerakkan aku untuk bukak balik blog yg dah dua or tiga tahun tak bukak ni.
And thennn. yeah. New life comes.

--UIA.
so. Aku dah lama tak menaip kat keyboard sejak rumah aku dah diharamkan online facebook. hahaha.
nak jadi cerita. sebelum ni mak aku beria mohon jordan untuk aku. but. yelah memandangkan aku sakit so aku pun.. so so je. sebab fikir adalah hikmahnya ikut cakap mak ayah.

tapi... hahahahaha.(aku rasa part ni kelakar)
mak aku beria mohonkan apa semua. bila aku dah setuju nak pergi, last2 tak bagi aku pergi sebabnya aku sakit lah apa lah.(sebenarnya dia risau pasal politik timur tengah yg tak stabil)
tapi bapak aku pula berkeras nak aku pergi kalau dapat. aku iyakan aje. bagi aku sendiri pun, kalau nak sakit tu, dekat rumah pun sakit. yelah datangnya dari Allah.

tetiba bile dapat surat ujian bertulis tajaan mains ke timur tengah, macam teruja nak pergi. so aku pun pegi lahh.
bile pergi pehh pehh ramai gila budak mohon jordan dekat nak 26 camtu kot. padahal mains nak taja berapa je.
so aku pun--why not aku try kan? 

so, bila lepas ujian bertulis, kitorg pun akan dibawa ke pahang untuk ujian kcergasan. excited tapi takut aku sakit sbb aku manalah sesuai buat kcergasan apa semua. tapi again, aku taknak usaha separuh jalan. aku pun pergilah. even aku sebenarnya rendah diri sangat dgn calon lain, aku rasa aku sorg je smk student. and then the rest sume sbp maahad mrsm smka tahfiz. tapi diorg tak pernah double standard. bila aku salah, (cth nya tak jaga ikhtilat or aurat, diorg tegur depan-depan instead of ngumpat aku kat belakang, dan tu buat aku kagum sangat dengan diorang.)

bila balik, tak sangka ukhuwah kami--(muslimat, muslimin idk haha) rapat macam sibling plus modul kem tu sangat berkesan dalam hati sampai sekarang.

so, next and the last step is interview. masa interview ni dah tinggal berapa orang je, sbb ramai yang dah reject sebab dapat biasiswa lain. aku cakap ngan korang, diorang ni baik sangat, sebab still tolong semua orang untuk bagi soalan bocor(bagi yang dah lepas iv), so kitorg boleh prepare. tak de rasa dengki langsung. hasil kem tu buat aku mmg rasa nak pergi jordan sebab aku nak ada dalam situasi tu. aku nak biah solehah. aku nak sebab aku teruk. aku tak kuat nak lawan situasi sekarang.
tapi aku tau dah interview aku mesti teruk sebab aku tak dapat jawab pun apa dia tanya. and then dia suruh cakap arab aku takleh. so--aku pun redha dan tawakkal,dan agak putus asa dan tak simpan harapan yg tinggi utk dapat tajaan. tapi still--diorang kuatkan semangat aku. dan termasuk jannah yg banyak kuatkan aku.--yes aku mengaku aku ni lemah dari segi emosi. cepat down. idk why. ok sambung balik. aku dapat offer  uia dan matriks. tapi aku pilih uia for the same reason, aku nak biah solehah. 

satu masalahnya , aku tak minat course yg aku dapat--HUMAN SCIENCES. padahal aku yg mohon hs tu bagi first choice masa UPU-- hah hamekk kau. so aku decide nak apply tukar course econs--atas saranan lamki. tapi bila result kluar, REJECTED.
down bertimpa2. call lamki bgtau pun macam nak nangis dah hahahaa.

tapi aku cool down dan percaya apa yang Allah rancangkan tu terbaik. hari yang sama, kluar result EPT & APT (languages tests (eng. and arabic) for new intake students which determine brp tahun kau belajar foundation,if exempted both , so kau belajar setahun, --tapi depends on course requirements nak band berapa apa semua). so, english aku exempted. alhamdulillah. memandangkan course aku ni english-based, so aku dpt lah setahun je. aku pun decide nak mohon lagi econs next sem. doakan aku guys. 


next week keluar result mains. so kalau dapat, ke jordan. kalau tak dapat, yeah, takdirku di IIUM. insyaAllah , pilihan Allah tu terbaik.

pasrah habis dah ni. qowiy lillahi ta'ala. (Sebenarnya aku susah nak adapt situations baru, which means uia, that's why aku banyak habiskan masa dengan laptop dan phone. nasib baik ramai budak2 mains dan ex-schoolmate pedas kat sini, so taklah rasa macam allien sangat.)

syukran 'ala kullihal.




PAST
BONJOUR
"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." 'Ali Imran:54


OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> Hari Raaayaaaa ~
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Harapanku Engkau Bahagia Selaluuu :)
  • Ulul Quran siri 4 . here :D
  • Hari Pertama KGUQ 2012 ? #1
  • This Entry Is For Him
  • Setelah Hampir Setahun Tak Menulis .
  • Buka cerita Baru , Cerita tahun 2012 :)
  • Usrah itu Keluarga ^^
  • Road To Success :)
  • Ukhwah demi ALLAH itu Indah :)
  • Kem Generasi Ulul Quran III :)