Forbidden Love .
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
mudahnya kita jatuh cinta!
Tuesday, March 15, 2011 • 8:18 PM • 0 comments

terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!

Labels:



PASTFUTURE
BONJOUR
"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." 'Ali Imran:54


OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> Hari Raaayaaaa ~
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • surat utk awak.
  • ya Allah ,bantu aku ya tuhan !
  • segalanya bermula disini :)
  • mustahilkah utk MELAKUKAN PERUBAHAN ?
  • berita baik tentang pelajar malaysia di jeddah :)
  • assalamualaikum semue :)